Monday 4 October 2010

Tulis Sebuah Cerita Tentang Satu Peristiwa Yang Menyedarkan Kamu Bahawa Masa Sememangnya Amat Berharga

Peperiksaan baru sahaja habis beberapa hari yang lalu. Akhirnya, kami mendapat keputusannya dan ia agak mengecewakan. Keputusan yang diperolehi tidaklah begitu bagus dan ia dibawah jangkaan saya. Pada malam sebelum peperiksaan, saya telah mengulangkaji buat kali terakhir. Ini untuk memastikan bahawa saya sudah cukup bersedia untuk kertas seterusnya. Tetapi pada hari peperiksaan, saya menjadi gementar dan tidak dapat fikir dengan betul. Sekarang saya sedar bahawa saya harus bersiap sedia lebih awal dan bukan pada malam sebelum peperiksaan. Saya juga akan bekerja dengan lebih keras lagi supaya saya dapat memperolehi markah yang lebih bagus. Saya tidak mahu mengecewakan ibu bapa saya yang telah bekerja keras untuk membiayai yuran sekolah dan juga mencari duit untuk buku sekolah saya.

Sebelum kita memulakan SA1, saya dapat belajar segala topik sejak bulan satu tahun 2007 dalam masa satu bulan. Hatiku berdebar-debar ketika belajar kerana, ketika itu saya sedang belajar bagaikan orang gila. Dengan penuh semangat saya belajar dari pagi hingga malam. Ada berhenti sekejap untuk pergi tandas.Bukan sahaja saya tetapi kita sekumpul kumpulan kawan belajar bersama-sama.Hari peperiksaan sudah tiba dan saya bangun lambat. Angin di luar sejuk bagaikan angin di kutub utara. Ketika itu cuaca sedang hujan dan saya tidur sekejap lagi setengah jam kerana semalam tidur lambat kerana tengok cerita gerek. ALAMAK!! Lambat sikit saya pergi sekolah. Mata saya betul-betul berat kerana terlalu penat. Setiap hari peperiksaan saya penat.

Kini saya telah mempelajari bahawa segala masa hadapan saya bergantung atas kelakuan saya. Sekarang saya hanya menangguh masa hadapan saya. Jikalau saya memberi masa lapang, untuk belajar, tidaklah saya menjadi payah beergini.

No comments:

Post a Comment