Monday 4 October 2010

Tulis Sebuah Cerita Tentang Satu Peristiwa Yang Menyedarkan Kamu Bahawa Masa Sememangnya Amat Berharga

Peperiksaan baru sahaja habis beberapa hari yang lalu. Akhirnya, kami mendapat keputusannya dan ia agak mengecewakan. Keputusan yang diperolehi tidaklah begitu bagus dan ia dibawah jangkaan saya. Pada malam sebelum peperiksaan, saya telah mengulangkaji buat kali terakhir. Ini untuk memastikan bahawa saya sudah cukup bersedia untuk kertas seterusnya. Tetapi pada hari peperiksaan, saya menjadi gementar dan tidak dapat fikir dengan betul. Sekarang saya sedar bahawa saya harus bersiap sedia lebih awal dan bukan pada malam sebelum peperiksaan. Saya juga akan bekerja dengan lebih keras lagi supaya saya dapat memperolehi markah yang lebih bagus. Saya tidak mahu mengecewakan ibu bapa saya yang telah bekerja keras untuk membiayai yuran sekolah dan juga mencari duit untuk buku sekolah saya.

Sebelum kita memulakan SA1, saya dapat belajar segala topik sejak bulan satu tahun 2007 dalam masa satu bulan. Hatiku berdebar-debar ketika belajar kerana, ketika itu saya sedang belajar bagaikan orang gila. Dengan penuh semangat saya belajar dari pagi hingga malam. Ada berhenti sekejap untuk pergi tandas.Bukan sahaja saya tetapi kita sekumpul kumpulan kawan belajar bersama-sama.Hari peperiksaan sudah tiba dan saya bangun lambat. Angin di luar sejuk bagaikan angin di kutub utara. Ketika itu cuaca sedang hujan dan saya tidur sekejap lagi setengah jam kerana semalam tidur lambat kerana tengok cerita gerek. ALAMAK!! Lambat sikit saya pergi sekolah. Mata saya betul-betul berat kerana terlalu penat. Setiap hari peperiksaan saya penat.

Kini saya telah mempelajari bahawa segala masa hadapan saya bergantung atas kelakuan saya. Sekarang saya hanya menangguh masa hadapan saya. Jikalau saya memberi masa lapang, untuk belajar, tidaklah saya menjadi payah beergini.

Sunday 3 October 2010

Suatu Lawatan Ke Rumah Kebajikan
(permulaan)
Pada waktu lalu apabila ibu bapa saya sedang sibuk bekerja, saya dihantar ke Muhammadiyah kerana tiada orang hendak menjaga saya. Ketika berada di sana, saya berasa kagum kerana ibu banyak cerita sebab Rumah Kebajikan ini. Persatuan Muhammadiyah telah sekian lama membantu para pelajar, baik lulusan madrasah mahupun sekolah nasional untuk melanjutkan pelajaran di bidang masing-masing. Tidak tahu benar ke tidak, saya harus juga ke sana untuk sehari.
(konflik)
Keadaan riuh-rendah melihat kanank-kanak berlari di pagi itu. Mereka sedang melakukan senaman pagi mereka. Kemudian diajak pula cikgu di sana supaya saya berlari bersam-sama. Cikgu itu bernama Siti, dia adalah kawan baik ibu saya. Hati saya berdegap-degup kerana malu hendak membuat rakan baru.
(perkembangan konflik)
Baru sahaja saya hendak memberi salam kepada salah satu pelajar di sana, dia cabut lari ke kawan-kawannya. Justeru, saya rasa amat memalukan. Air mata mula bergenangan di kelopak mata saya kerana nampak seperti semua orang di sana tidak mahu berkawan bersama saya. Cikgu Siti ternampak atas kejadian tersebut lalu menuju ke saya. Dia memeluk saya dalam segi pujukan dan suruh saya cuba lagi skali kerana pelajar di sana juga perangai malu.
(klimaks)
Hati saya berat dalam kesedihan. Manakala, sekumpulan pelajar datang ke saya dan juga memujuk saya. Budak yang saya hendak menegur ada juga memberitahu bahawa dia terkejut melihat pelajar baru. Dia takut atas jika saya akan membuli dia kerana badan saya nampak besar.
(penutup)
Kejadian kekok tersebut berlalu dengan sekelip mata. Selepas itu, saya sedang berlari bersama-sama dengan rakan baharu saya. Pintu hati saya pula terbuka kepada Rumah Kebajikan Muhammadiyah dan mengajar saya satu pelajaran. Jangan malu hendak membuat kawan kalau tidak, kita tidak ada kawan. CONFIRM MENDAK BRO!!!