Monday 12 April 2010


Kebanggaan Saya Sebagai Rakyat Singapura


Sebagai rakyat Singapura, saya amat bangga terhadap negara saya kerana negara Singapura adalah satu negara yang menyambut hari keharmonian kaum. Semua orang bantu satu sama lain walaupun berlain bangsa. Saya mempunyai kawan yang berbangsa lain dari saya. Kita saling keluar makan berbagai pinggan yang tradisional. Terdapat nasi Melayu ke kuih Cina dan ke roti India. Semuanya enak dan menarikkan. Zaman sekarang, kawan saya juga terdapat sebagai celop. Maknanya mereka mempunyai dua darah.

Salah satu faktar juga, sebagai rakyat Singapura, saya dapat peluang untuk menerima pelajaran. Setiap pelajar di Singapura diberi peluang sepuluh tahun pelajaran kecuali sesiapa yang tidak mahu belajar. Kesempatan ini telah membina kecerdasan saya dan menuju saya ke zaman terkini untuk memahami teknologi yang canggih.

Yang penting, saya amat bangga menjadi rakyat Singapura kerana keamanan kita tidak seperti negara lain. Kita sebagai satu negara hidup dengan berbilang bangsa. Jika saya berada di negara lain, saya akan hidup dalam kesusahan kerana mereka sering berperang antara satu sama lain.

Selain itu, Singapura adalah salah satu negara yang terindah. Singapura sekarang amat bersih kerana rakyatnya amat menyayangi negaranya. Rakyat Singpura membuang sampah dalam tong sampah untuk menunjukkan tanda terima kasih dan hormat atas negara sendiri.

Dengan sebab-sebab ini semua, saya berani berkata bahawa saya adalah salah satu rakyat Singapura dan amat bangga terhadap negara saya.

No comments:

Post a Comment